Cashback Mingguan Sportsbook 5%

Banduan muslim saman kerana diberi makan babi

Banduan muslim menyaman sistem pemberian makan di penjara Ohio yang hanya menyediakan makanan dengan menu babi bagi para banduan muslim.

Perlakuan diskriminasi kelihatan ketika para banduan Yahudi mendapatkan makanan kosher (halal versi Yahudi). Sedangkan, banduan muslim sebaliknya, tidak pernah diberikan makanan halal.

Dalam pemberitaan Assosiated Press, Khamis (19 / 1) yang terkandung di manufacturing.net, Kerajaan negeri Ohio, Amerika Syarikat (AS), bulan lalu berpendapat bahawa penyediaan makanan halal akan membuat muflis sistem perkhidmatan makanan, kerana kos yang mahal. Padahal dalam masa beberapa tahun terakhir, ribuan banduan di penjara ini telah memutuskan memeluk Islam, di mana peraturan makanan halal wajib dijalankan.

Peguam dari banduan muslim, Abdul Awkal dan tahanan muslim lain, berpendapat bahawa kerajaan negeri telah melebih-lebihkan kos makanan halal. Hingga Khamis, butiran keputusan tuntutan ini tidak diumumkan oleh pihak penjara. Jabatan Rehabilitasi negeri Ohio pun masih belum memberi komen tentang keadaan ini.

Penjara Ohio sebelumnya memutuskan untuk menghapuskan semua produk daging babi dari menu. Namun ternyata, pihak penjara masih memberi menu ini kepada para banduan, dengan alasan majoriti banduan masih menginginkan daging babi sebagi menu mereka.

- terjemahan dari republika.co.id

Entri yang Diunggulkan

Jahe Membasmi ovarium & Kanker Prostat Sel Lebih baik dari Kemo

Sesungguhnya di antara obat-obatan besar dunia, jahe telah lama digunakan untuk mengobati peradangan dan mual, namun hasil yang disaj...

Diberdayakan oleh Blogger.